Monday, January 4, 2010

'Dumex Baby Food' untuk dijual - Sold

lama betul tak buat entry.. bz sangat-sangat.. Entry kali ni tentang teko dan piring Dumex.. Kalau berminat roger-roger lah kite.. Sold
Teko tinggi Dumex ada 1 sahaja RM70. Maaf ya harga ni tak termasuk pos.
Piring Kuih Dumex ada 6 biji. RM12 sebiji. Harga tak termasuk pos.

Saturday, December 26, 2009

Set Cawan Oren Sakura di musim sejuk

Ini kiranya koleksi terbaru yang saya jumpa... Cawan Bunga Sakura Oren.. tanahnya berwarna oren, ada 2 pokok sakura dan dibawahnya ada small cottage di tepi sungai.. nampak suasana di musim salji.. so set ini boleh juga dipanggil set cawan oren bunga sakura di musim sejuk...haha
Corak di piring... bunga sakura dilitupi ais..sbb tu warna putih.. agaknya laa..

Cadangnya nak simpan 6 cawan dan 6 piring dan selebihnya saya nak letgo aje.. so sesiapa yang berminat harga untuk satu set (1 cawan dan 1 piring) ialah RM15.00. Harganya agak tinggi kerana set ini dikeluarkan dalam tahun 50an.. ALL SOLD

Friday, December 25, 2009

Cawan-cawan tahun 60an

Cawan mulut lebar bunga warna pink.. Selalu tengok bunga ni tapi lupa lak namanya..Very soft colour and feminine..RM10 satu set.. ada 2 lagi cawan yang sama tak ada piring RM8. Susah nak jumpa bunga ni..
Dengar ceritanya set yang ini dapat free bila beli sabun fab dulu-dulu.. RM10 satu set.
ALL SOLD
Cawan dan piring bunga sakura.. Ada 4 set yang elok RM12. Ada 3 set yang sumbing di cawan dan piring.. kira murah RM7 satu set. ALL SOLD
Cawan bunga sakura juga.. tapi bunga hujung tu kuncup... Ada 2 set lagi. Satu set kira RM12. Ada beberapa biji yang tak berapa sempurna.. untuk display boleh laa.. ALL SOLD

2 set cawan bunga biru kecil... tangkai cawan yang satu ni ada crack sikit.. so harga kira murah saja 2 set hanya RM17. Kalau berminat sila roger-roger ya... sekian enty hari ini...

Sunday, December 20, 2009

Farm Mill... Mill Farm..

Tak ramai pengumpul pinggan antik yang berminat dengan koleksi ni.. Ramai yang prefer corak berbunga especially rose..

Saya paling suka koleksi ini sebenarnya.. sebab tulah saya berazam nak lengkapkan koleksi mill farm ni.. seronok kan kalau tinggal di kampung.. macam apa yang digambarkan dalam koleksi ni...
Salah satu teko dan bekas creamer yang ada dalam simpanan saya.. Untuk Abang Mat.. saya ada extra teko dan bekas creamer yang ini.. kalau tak silap saya teko yang tinggi macam ni dipanggil coffee pot kan? Creamer yang ini pun lebih tinggi.. matching dengan tekonya.. SOLD
Pinggan makan, pinggan kuih, mangkuk nasi dan piring oval Mill Farm... bila dah upload gambar baru perasan susun piring belakang tu terbalik.. hantamlah..
Coffee pot Mill Farm... Saya ada 2 extra.. so siapa berminat boleh sms ya.. siapa cepat dia dapat.. SOLD

Ini saja koleksi Mill Farm..atau Farm Mill yang saya ada setakat ni.. Insyaallah satu masa nanti akan beranak pinak lagi.. doa-doakan ye... Setakat ini saja entry kali ini.. jumpa lagi di lain masa

Sunday, December 13, 2009

Wan Sou Wu Jiang

.


Yang ini ada kawan mintak tolong jualkan.. kalau ada yang minat sms ya.. Teaset ni biasa digunakan oleh Baba dan Nyonya semasa ucapan tahun baru dan semoga panjang umur.. Jangan bimbang set ini belum pernah digunakan pun... Harganya pun kira 'ong' juga.. RM88.00 sahaja.. 1 teapot, 4 cawan dan satu dulang.

Pinggan makan leper Victorian Roses 10 inci untuk di let go



Sesiapa yang berminat sila sms saya ya.. RM20 sebiji. Ada beberapa biji.. ALL SOLD

Thursday, December 10, 2009

Berkongsi Bunga Teko lagi...

Corak Bunga Kangkung.. bentuk tekonya agak unik..




Kalau tengok betul-betul, corak teko ni sama sebijik macam corak casablanca 'menang glassware'. Tak tau siapa tiru siapa.. tapi teko ni dah lama dan produk lama Noritake.. Nama Noritake ni bukan Jepun punya ke?


Mini Teko gambar bunga raya...



Corak pemandangan.. Bentuk-bentuk tekonya sangat cantik.. tapi sayang cawannya cuma ada sebiji.. menarik.. menarik..
Teko Burung Bangau lepak dekat tepi sungai.. haha
Bunga Sakura
Teko Cina besar corak Bunga Kangkung.. Kalau letak air dalam ni memang sejuk.. sejuknya tak sama kalau dibandingkan air dalam peti sejuk..

Lagi gambar pemandangan.. made in Japan..
Lagi corak bunga sakura..