Wednesday, October 21, 2009

Koleksi Oriental Ceramic (OCERA)



Ini ialah set ros merah putih @ Oriental Ceramic...Koleksi mak tapi tak banyak.. saja letak entry untuk kenangan..


Mak ada 3 set yang ini.. Semua dia dapat free masa beli mesin basuh, peti sejuk dan TV Hitachi tahun 1979.. tahun saya lahir hehehe.. so dah 38 tahun benda ni.. tak penah guna sekali habuk pun.. simpan je dalam gerobok..sampai sekarang... Kalau tak silap nama koleksi yang ini ialah koleksi Farm Mill

Set Noritake Inflight Top



Set mangkuk, cawan dan piring ni digunakan oleh MAS dalam tahun70an.. so bila diaorang dah tak nak guna, dia orang lelong murah-murah.. mak beli dekat pasar malam masa saya sekolah rendah lagi... buatannya sangat halus..

Teko Bujang... Teko Janda... Teko Ibu Tunggal...




Semua dah tinggal teko jer.. yang lain tak tau pi mana.. Entah bila nak dapat bertemu dengan kaum keluarga...

Dah 200 tahun rupanya...


Minggu lepas saya balik ke rumah saudara rapat suami.. Saya terjumpa koleksi antik sangat.. berkilau-kilau gitu. Bila disiasat-siasat.. rupanya piring dan mangkuk ni digunakan oleh datuk mak ngah masa kawin dulu.. umur mak ngah dah 60 lebih, ayah mak ngah dah lama meninggal begitu juga datuknya... dah 200 tahun rupanya.. sayangnya yang lain dah pecah dan hilang..

First time.. First Collection...









Ini adalah entry saya yang pertama dalam blog ni. Terima kasih kepada yang sudi menjenguk blog yang tak berapa nak sempurna ni.. Baru nak belajar berblog..Sebagai entry pertama saya masukkan koleksi saya yang pertama iaitu Mug Kucing. Mug ni saya simpan sejak zaman sekolah lagi. Masa tu keluarga kami ada seekor kucing parsi namanya Noni... dia ni makan friskies ajer tak nak makan benda lain. Ada masa promosi tu, kalau beli 2 pack friskies dapat free satu mug kucing.. Rasanya dah berjaya lengkapkan set mug ni...saya suka sangat mug-mug ni.. Gambar kucingnya cute sangat..