Wednesday, October 28, 2009

Teko lagi...


Lagi teko janda.. sebab dia sorang diri je.. tak apalah. satu hari nanti akan bertemu juga jodoh... Rose Bridge.. Ros dan Jambatan... geramnya tengok corak ni.

Teko June Rose.. corak ni sebenarnya masih baru lagi..awal tahun 80an.. tapi untuk collector barang lama, kena ada corak ini sebab satu hari nanti akan jadi 'antik' juga dan mesti famous macam corak bunga kangkung tu..

Teko corak bunga campuran... hantam ajer lah sebab tak tau corak apa

Teko mini bunga 'apa ntah'... kalau tengok betul2, body lain, tutup lain.. tutup sebenar dah hilang. Tak kisah lah..

Yang ini teko 'gemok' kuning.. untuk pengetahuan semua.. dia ni ada adik beradik.. ada juga teko gemok yang sama warna hitam berkilat.. dan warna coklat belang2.. nanti kalau ada masa saya akan buat entry dia org bertiga.. tengok saper yang paling gemuk..haha

Set Cawan Hijau 'Jade'




Rasanya set ni ramai yang ada.. Selain daripada warna hijau ada juga warna peach.. cantik juga.. Dibeli oleh arwah mak suami dalam tahun 70an.. kira barang lama jugaklaa ni..
Warna hijaunya nampak mewah.. sama macam warna jade...

Tuesday, October 27, 2009

Barang Tembaga Lama Siri 1

Setereka lama...kalau dulu hitam macam Dayang Senandung.. Puas menggosok baru berkilat...


Gobek Sirih


Tepak sirih


Bekas merenjis air mawar mak..


Bekas cincin orang.. masa bertunang dan kawin..



Senduk dan sudip arwah mak dulu..


Loceng Ais Krim.. Anak2 suka betul main loceng ni.. Goncang dekat telinga lak tu..Bising betul..

Bunga-bunga pinggan lama.. Siri 1

Rupa-rupanya semua corak dan bunga untuk 'pinggan mangkuk lama ni' ada nama.. cuma saya yang tak tahu.. so lepas buat 'research' sikit-sikit dekat blog otai-otai pinggan lama inilah hasil dapatannya.. saya mula dengan My favourite... Bunga Ros dan Jambatan (Rose Bridge) so romantic.. love at first sight. Malangnya cuma ada teko dan piring saja corak ni.. So sesiapa yang ada corak set ni yang nak di letgo, jual laaa kat saya.. Pls. Pls.


Corak Bunga Kangkung



Corak Bunga Ros Hitam Setangkai (Black Rose)


Bunga Peonies..



Corak Batik warna hijau ..dan ada sebiji je..



Corak Bunga Sakura. Cantiknya bunga ni... teringat satu cerita lakonan Aaron Kwok ngan saper ntah Kelly Chen kot.. Para-Para Sakura.. dia orang menari di bawah pokok sakura..so sweet..



Yang ini tak pasti corak apa.. Corak 'Twin Roses' rasanya...



Corak Bunga Padi...


OK..sekian untuk siri satu.. siri 2 akan menyusul..

Thursday, October 22, 2009

Mesin pemerah kelapa zaman dahulu..


Ini ialah mesin pemerah kelapa zaman dahulu.. cuba tengok bentuknya... unik sekali. Sayangnya alat ni digunakan setakat arwah moyang sahaja. Menurut cerita mak ngah, sebahagian daripada alat ini telah dihanyutkan air semasa banjir besar tahun 1926 dulu.. yang ini pun terselamat sebab masa tu tenggelam di dalam lumpur...

Lesung Indik...


Bila terpandang lesung indik ni, teringat semula masa kecil..Bila tibanya bulan puasa dan hari raya, lesung ini sangat berguna untuk menumbuk beras pulut untuk dijadikan tepung pulut bagi juadah berbuka puasa dan hari raya.. Arwah mak dulu suka makan kuih 'kole kacang' dan putu beras, lesung ni lah juga yang dia guna untuk tumbuk kacang, tumbuk beras.. tapi alu nya dah hilang entah ke mana..

Tapis kelapa zaman Datuk Bahaman



Satu lagi koleksi antik... tapis kelapa.. sekarang dah tak ada dah benda ni.. cuba tengok kertas dekat tapis tu.. siap ada tulis tapis kelapa zaman Datok Bahaman tahun 1958.. dah lama tapi still boleh diguna lagi.. lepas ni nak repair elok2 dan hang dekat dapur rumah. Dulu tapis ni selalu digunakan masa kenduri kendara sebab saiznya yang besar... tapi sekarang orang jual santan tak payah bertapis dah..