Showing posts with label Teko. Show all posts
Showing posts with label Teko. Show all posts

Tuesday, December 8, 2009

Teko Oh Teko.. Kali ni teko mini..


Teko mini bunga dalam bakul sedang mencari tuannya yang baru...


Siapa yang minat bolehlah message saya...

Lagi teko untuk dilet go

Teko bunga pink ni di kira lama lah juga.. adalah 2 biji..balance-balance teko yang ada di kedai arwah MIL dulu.. bila dicari-cari terjumpa.. penuh dengan debu.. so husband cakap simpan satu sudah la.. yang lain disuruhnya jual je.. nak simpan banyak2 banyak buat apa.

Gambar bunga ni bila close up.. lembut sekali..


Yang ini teko bunga yang sama, cuma warna bunganya biru.. bentuk tekonya juga agak berbeza... Ada 2 biji untuk dilet go atau barter..

Yang ini bunganya bila close up..

Kalau berminat, sila-silalah tinggalkan komen atau sms saya..



Teko lagi.. yang ini bunganya lebih besar dan jelas.. tapi kurang pasti bunga apa.. bentuk tekonya bentuk buah pear..

Ada bunga yang sama di penutupnya..

Monday, November 30, 2009

Teko sama tapi tak serupa...

Teko four roses tu dah mempunyai tuan baru.. Kak Nor64, Kak Nannie dan Ajmah.. Ada satu lagi teko bunga raya yang sedang mencari tuan. So sesiapa yang berminat sila2 lah sms ya..

Entry kali ini juga semuanya tentang teko.. Jika ditengok betul-betul bentuk teko-teko ni sama.. cuma bunganya yang tidak serupa...

Bunga Ros besar gedabak.. Dari jauh lagi dah nampak bunganya... penuh satu teko..

Bunga ros di teko yang ini pulak comel lote je . Empat kuntum ros liar..Tapi nampak very sweet.. Saya ada 3 teko ni yang sama.. kalau tanya camana boleh ada 3 tu saya pun tak berapa tau sejarahnya..Sebab dulu tak berapa nak peduli dengan pinggan mangkuk ni.. sejak akhir-akhir ni je timbul minat sikit-sikit nak mengumpul...maybe sebab baca banyak sangat blog pengumpul pinggan mangkuk antik ni kot.. berjangkit... so kalau ada yang berminat nak beli atau berbarter sila-sila lah email saya ya.. Sebab ruang kat rumah ni tak berapa besar nak simpan banyak-banyak..

Yang ini plak tak pasti bunga apa.. nak kata bunga raya tak ada la pulak sesungutnya.. so pada sapa-sapa yang tau nama bunga ni sila bagi komen ya..

Last pic.. bila diletak rapat-rapat, nampak sama tapi tak serupa.. Macam kami 5 adik-beradik, acuan yang sama tapi muka semua tak serupa...