Thursday, December 10, 2009

Cuci mata siri 1

Entry kali ni tentang koleksi antik di rumah abang kepada adik ipar..rumahnya masyallaah dasyat.. kalau pegi meleleh air liur.. ni kira advance punya collector. Banyak barang di rumahnya tak penah pun saya tengok sebelumnya.. tapi sebelum tengok koleksi antik tu, kita tengok dulu rumah dia.. mak oii besarnya..


Ini pemandangan rumah waktu malam...keliling rumah tak ada pagar tau.. yang jadi pagar rumah ialah pokok-pokok bonsai... tak tau berapa banyak bonsai yang ada.. tak terkira.. sebab kawasan rumahnya sangat luas...

Gambar luar rumah lagi.. duduk di bangku tu tuan rumahnya.. Haji Rizal..



Ini ialah ruang tamu.. sette ni diperbuat daripada kayu rosewood.. coraknya classic giler...cuba tengok lantai tu.. Lantai granit... tingkat bawah semua berlantaikan granit.. termasuk bilik air..




Lagi living room rumah tu.. dekat tengah-tengah tu ada tikar plastikk.. antik ke tu?



Lampu di living room.. salut emas 999.. harga tak usah sebutlah tu..


Adik ipar, Abby sempat juga snap gambar di dapur..Kreatif.. lebihan batu dinding dijadikan tempat untuk meletak kulit kayu manis... Tengok pasu dekat sudut tu.. jadi hiasan di dapur.. pasu yang dijadikan pasu hiasan di ruang tamu lagi hebat.. sampai di sini dulu. Jumpa lagi di siri kedua.

Tuesday, December 8, 2009

Teko Oh Teko.. Kali ni teko mini..


Teko mini bunga dalam bakul sedang mencari tuannya yang baru...


Siapa yang minat bolehlah message saya...

Lagi teko untuk dilet go

Teko bunga pink ni di kira lama lah juga.. adalah 2 biji..balance-balance teko yang ada di kedai arwah MIL dulu.. bila dicari-cari terjumpa.. penuh dengan debu.. so husband cakap simpan satu sudah la.. yang lain disuruhnya jual je.. nak simpan banyak2 banyak buat apa.

Gambar bunga ni bila close up.. lembut sekali..


Yang ini teko bunga yang sama, cuma warna bunganya biru.. bentuk tekonya juga agak berbeza... Ada 2 biji untuk dilet go atau barter..

Yang ini bunganya bila close up..

Kalau berminat, sila-silalah tinggalkan komen atau sms saya..



Teko lagi.. yang ini bunganya lebih besar dan jelas.. tapi kurang pasti bunga apa.. bentuk tekonya bentuk buah pear..

Ada bunga yang sama di penutupnya..

Monday, December 7, 2009

Kunci Lama.. ada 2 lagi untuk dijual

Pernah tengok tak mangga dan kunci ni? Dibeli tahun 70an dan kami masih lagi guna sampai sekarang..
Saya selalu terkial-kial untuk buka kunci.. selalu ambik masa yang lama.. lagi nak cepat lagi tak dapat bukak..

Made in Germany

Saturday, December 5, 2009

'Shaker' berbentuk pagoda



Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih bebanyak dan salam perkenalan kepada semua yang sudi menziarah blog saya ni.. Insyaallah pesanan semua supaya mengekalkan warisan ni akan saya ikut.. Entry kali ni tentang bekas mengisi serbuk lada ni..Bekas ini pun ada banyak dalam simpanan.. bentuknya sangat unik.. bentuk pagoda cina.. sekarang mungkin dah tak jumpa dah shaker mcm ni.. walaupun bentuknya agak kecil tapi diperbuat daripada kaca... kalau ada yang berminat boleh juga dilet go sikit..Kalau letak di dapur mesti nampak klasik giler..

Tuesday, December 1, 2009

Ros Hitam


Teko dan mangkuk besar corak ros hitam.. Teko ni sedang mencari anak-anaknya... susahnya nak cari..mana nak cari ya???

Monday, November 30, 2009

Cawan aneka warna

Kali ni pulak tentang cawan yang sangat fragile ni.. tak seperti koleksi Meakin England.. tebal..cawan-cawan ni ada melambak-lambak kat rumah.. Bentuknya cantik.. warnanya pun lembut.. pastel colour.. cuma yang tak bestnya bila cawan ni dah lama sangat di simpan, dah banyak yang retak seribu.. tambah-tambah kalau kena air.. clear je kesan retak tu.. maybe tak berjaga dengan baik agaknya. Nak di guna? Sayang pulak..takut nanti daripada retak seribu tu terus pecah berderai... kalau sebagai hiasan boleh lah kot. tapi kalau dah banyak sangat pun tak guna jugak.. Betul tak? Jadi kalau ada yang berminat tu boleh lah email saya atau tinggalkan komen.. Kalau ada offer yang menarik bolehlah dilet go sikit..

Ada macam-macam warna.. biru laut, pink, peach dan hijau muda..

cawan warna pink ni kalau dibesarkan nampak jelas kesan-kesan retak tu. tapi still ok..

cawan warna biru.. yang ini paling banyak di simpan dalam almari...

cawan warna biru lagi..