Monday, November 30, 2009

Cawan aneka warna

Kali ni pulak tentang cawan yang sangat fragile ni.. tak seperti koleksi Meakin England.. tebal..cawan-cawan ni ada melambak-lambak kat rumah.. Bentuknya cantik.. warnanya pun lembut.. pastel colour.. cuma yang tak bestnya bila cawan ni dah lama sangat di simpan, dah banyak yang retak seribu.. tambah-tambah kalau kena air.. clear je kesan retak tu.. maybe tak berjaga dengan baik agaknya. Nak di guna? Sayang pulak..takut nanti daripada retak seribu tu terus pecah berderai... kalau sebagai hiasan boleh lah kot. tapi kalau dah banyak sangat pun tak guna jugak.. Betul tak? Jadi kalau ada yang berminat tu boleh lah email saya atau tinggalkan komen.. Kalau ada offer yang menarik bolehlah dilet go sikit..

Ada macam-macam warna.. biru laut, pink, peach dan hijau muda..

cawan warna pink ni kalau dibesarkan nampak jelas kesan-kesan retak tu. tapi still ok..

cawan warna biru.. yang ini paling banyak di simpan dalam almari...

cawan warna biru lagi..

Teko sama tapi tak serupa...

Teko four roses tu dah mempunyai tuan baru.. Kak Nor64, Kak Nannie dan Ajmah.. Ada satu lagi teko bunga raya yang sedang mencari tuan. So sesiapa yang berminat sila2 lah sms ya..

Entry kali ini juga semuanya tentang teko.. Jika ditengok betul-betul bentuk teko-teko ni sama.. cuma bunganya yang tidak serupa...

Bunga Ros besar gedabak.. Dari jauh lagi dah nampak bunganya... penuh satu teko..

Bunga ros di teko yang ini pulak comel lote je . Empat kuntum ros liar..Tapi nampak very sweet.. Saya ada 3 teko ni yang sama.. kalau tanya camana boleh ada 3 tu saya pun tak berapa tau sejarahnya..Sebab dulu tak berapa nak peduli dengan pinggan mangkuk ni.. sejak akhir-akhir ni je timbul minat sikit-sikit nak mengumpul...maybe sebab baca banyak sangat blog pengumpul pinggan mangkuk antik ni kot.. berjangkit... so kalau ada yang berminat nak beli atau berbarter sila-sila lah email saya ya.. Sebab ruang kat rumah ni tak berapa besar nak simpan banyak-banyak..

Yang ini plak tak pasti bunga apa.. nak kata bunga raya tak ada la pulak sesungutnya.. so pada sapa-sapa yang tau nama bunga ni sila bagi komen ya..

Last pic.. bila diletak rapat-rapat, nampak sama tapi tak serupa.. Macam kami 5 adik-beradik, acuan yang sama tapi muka semua tak serupa...

Saturday, November 28, 2009

Anak-anak zaman moden...


Apicha, Jiha dan Ismah Asiah di depan notebook...

Ismah Asiah tengah 'khusyuk' tengok movie.. Kiki's Delivery Service...Ulang tayang 100 kali sehari pun dia tak kisah..

Bukak je mata terus dengan 'PSP'.. Siap gayut dengan botol susu lagi. 4 tahun tapi main PSP dah macam orang besar.. Canggih.. Canggih..Hilmi.. Hilmi...

Wahh Aminah Sara.. belum setahun lagi dah 'gila komputer'..

Tuesday, November 24, 2009

Tetamu senja...

Kita Ini Tetamu Senja

Kita datang ini sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya.
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan.
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
usahlah durhaka pula kepada Tuhan kepada insan.

Bila kita lihat manusia lupa tempat
atau segera sesat puja darjat puja pangkat
segera kita insaf – kita ini punya kiblat,
segera kita ingat – kita ini punya tekad.

Bila kita lihat manusia terbiar larat
hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
harus kita lekas sedar penuh pada tugas
harus kita tegas sembah seluruh rasa belas.

Kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang sekali bawalah bakti padat berkat!

A. Samad Said
Utusan Zaman
13 November 1955

Sajak zaman sekolah yang paling lekat di hati... sampai sekarang...
Dinyayikan semula oleh Kopratasa
Dipost di web wira bukit.com

Renungan.. Kenapa kita diuji???

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12


p/s:
Nikmat Tuhan yang manakah yang hendak
kamu dustakan??

"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"

subhanaLLAH....
segala persoalan terjawab...
'maka mengapa kamu tidak berfikir?' -al-baqarah-

Monday, November 23, 2009

Bunga-bunga pinggan lama siri 2

Kali ini dipaparkan corak2 bunga pinggan lama yang ada dalam koleksi keluarga... walaupun seciput saja tapi semuanya tetap meninggalkan banyak kenangan buat kami sekeluarga..

Corak Piring Mill Farm Oriental Ceramic


Piring-piring JG Meakin England Rossa



Corak Buluh Mas


Corak Ros dan Jambatan



Corak Bunga Kekwa Merah