Monday, November 30, 2009

Teko sama tapi tak serupa...

Teko four roses tu dah mempunyai tuan baru.. Kak Nor64, Kak Nannie dan Ajmah.. Ada satu lagi teko bunga raya yang sedang mencari tuan. So sesiapa yang berminat sila2 lah sms ya..

Entry kali ini juga semuanya tentang teko.. Jika ditengok betul-betul bentuk teko-teko ni sama.. cuma bunganya yang tidak serupa...

Bunga Ros besar gedabak.. Dari jauh lagi dah nampak bunganya... penuh satu teko..

Bunga ros di teko yang ini pulak comel lote je . Empat kuntum ros liar..Tapi nampak very sweet.. Saya ada 3 teko ni yang sama.. kalau tanya camana boleh ada 3 tu saya pun tak berapa tau sejarahnya..Sebab dulu tak berapa nak peduli dengan pinggan mangkuk ni.. sejak akhir-akhir ni je timbul minat sikit-sikit nak mengumpul...maybe sebab baca banyak sangat blog pengumpul pinggan mangkuk antik ni kot.. berjangkit... so kalau ada yang berminat nak beli atau berbarter sila-sila lah email saya ya.. Sebab ruang kat rumah ni tak berapa besar nak simpan banyak-banyak..

Yang ini plak tak pasti bunga apa.. nak kata bunga raya tak ada la pulak sesungutnya.. so pada sapa-sapa yang tau nama bunga ni sila bagi komen ya..

Last pic.. bila diletak rapat-rapat, nampak sama tapi tak serupa.. Macam kami 5 adik-beradik, acuan yang sama tapi muka semua tak serupa...

4 comments:

  1. tEKO BUNGA RAYA TU..TEKO ROSE GEDEBAK TU... MASYAALLAH......CUNNNNN

    ReplyDelete
  2. camne nak contact .. minat kat teko bunga rose tu...

    ReplyDelete
  3. saya simpan dekat rumah di kg.. nanti saya check dulu. kalau ada insyaallah saya simpankan satu untuk kak melur ya... no hp saya 019-9675679

    ReplyDelete
  4. Salam Salina , dah malam -malam ni baru dpt nk tgk blog kawan2 , ni no saya ye 0126879893 , saya mmg bekenan dgn teko 4 kuntum rose liar tu cantik sangat...

    ReplyDelete