Saturday, January 23, 2010

Piring Buluh.. Piring Ikan

Piring kuih corak buluh emas...Ada 3 keping sahaja.. Saiz piring 7". Harga RM15 sebiji... Ada juga bekas creamer, sugar pot yang kehilangan tutup dan cawan untuk diletgo.. Saya akan buat entry kemudian. Tak sempat nak ambik gambar lagi..
Corak Piring Ikan emas.. cantik sebagai hiasan..Ada sekeping sahaja.. Saiz 6". Harga RM10
Corak buluh hijau.. Sangat cantik.. Ada extra 2 keping untuk diletgo.. Sekeping lagi tu sumbing sedikit. Ambil kedua-duanya kira R15 sahaja.. Saiz 6"

Cawan Bunga Rose Hitam for sale

Pandangan dari depan...
Pandangan belakang...
Barang baru.. ada 5 set aje.. Satu Set RM15.

Farm Mill for sale

P/S: Ana.. yang ini lah set cawannya. Ada 6 set cawan + pring


Cawan + piring dan sugar pot tu dah ada yang nak meminang.. bekas creamer dan teko tu ada satu lagi.. Kalau minat sms ya.. 019-9675679

Mangkuk Nasi Tambah 9".. RM25. Ada satu extra jer
Pinggan makan 9" ... RM15. Ada 6 biji

Tuesday, January 12, 2010

Lagi tentang Dumex

Entry ni sebenarnya atas request suami.. dia nak letgo dekat member dia dekat Johor Bahru Abang Dollah.. Abang Dollah ni peminat barangan Dumex.. So Abang Dollah.. ni lah dia cawan yg diceritakan oleh suami tu.. Kalau berminat rogerlah dia..

Cop mohor dekat montot cawan tu.. EAC CROCKERY
Ini sajalah set yang lebih.. 4 cawan dan 3 piring..

Sunday, January 10, 2010

Teko Gemoks tanpa Bunga

Salam untuk semua.. Entry kali ini tentang pertandingan teko gemoks sedunia.. Saya ada menyimpan 4 ketui teko gemoks ni.. Mari Kita lihat keputusan pertandingan teko mana yang paling gemok.. haha.

Tempat ke-4 dimenangi oleh Si Kuning terang ni.. Boleh memuatkan air tak sampai satu liter..

Tempat ke-3 dimenangi oleh Si Coklat Jalur-jalur.. Kandungan air ngam-ngam 1 liter.

Naib Johan dimenangi oleh Si Hitam Legam.. Memang hitam berkilat.. rendam 2-3 hari ngan klorox pun tak hilang..boleh memuatkan air dalam 1 liter setengah..
Dan Johannya ialah Si Hijau Tua... meninggalkan jauh saingannya yang lain..memang gemok.. Boleh memuatkan air sebanyak 3 liter.. masa mula-mula jumpa teko ni pun tekejut giler...
usia teko ni pun dah lebih 5o tahun... boleh bancuh kopi untuk lebih 15 orang.. sekali bancuh jer..
Si Hijau tua bergambar bersama-sama saingannya yang lain...
Untuk pengetahuan semua, saya ada extra teko ni.. kalau berminat calling-callinglah yer.. Harganya RM65 ringgit + pos RM5.
Sekian entry kali ini.. Ta Ta.. Ti Ti.. Tu Tu..

Saturday, January 9, 2010

Berkongsi Sejarah Lama

Entry kali ini special sikit.. Saya masukkan tentang dua keping wang kertas lama yang ada dalam simpanan keluarga... Wang kertas zaman pemerintahan British di Tanah Melayu.. Zaman Union Jack..

Wang kertas yang pertama ni dicetak pada tahun 1953.. sebelum merdeka. Dah berada dalam simpanan keluarga selama 57 tahun...Walaupun nilai di kertas cuma RM1.. tapi nilainya di hati kami sangat tinggi..
Di bahagian atas wang kertas ni tertulis Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo.. Pempuan cun dekat gambar tu ialah gambar Queen Elizabeth masa muda.. cun jugak ekk.
Bahagian belakang wang kertas tersebut.. Lambang kerajaan-kerajaan negeri..

Ini pula wang kertas kedua yang ada dalam simpanan kami. Wang kertas satu sen tahun 1941. Dah 69 tahun.. Zaman sebelum kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.. Tak pastilah pulak saya siapa jejaka hensem tu... Gabenor Negeri-Negeri Selat kotnya.. mana-mana blogger yang tau inform yer..leh kongsi sejarah. Dah buat research sikit.. Nama jejaka ni King George IV.. sblm era Queen Elizabeth.
First time masa tengok duit ni ingatkan duit kertas board game macam monopoli tu ke, sebab belakangnya kosong. Nasib baik tak buang ajer.. Cuba tengok ejaan tulisan jawi tu.. Suatu sen

Syiling ini yang paling bersejarah pada saya.. sebab mak saya simpan syiling ni sempena hari saya dilahirkan.. haha pejam celik pejam celik dah nak masuk angka 40an..

Ok sekian entry kali ini.. Jumpa lagi.. P/S.. Bila saya ada masa lapang nanti saya akan buat entry tentang duit syiling bernilai RM25. Lagi lama duit tuh..Tunggu...

Monday, January 4, 2010

'Dumex Baby Food' untuk dijual - Sold

lama betul tak buat entry.. bz sangat-sangat.. Entry kali ni tentang teko dan piring Dumex.. Kalau berminat roger-roger lah kite.. Sold
Teko tinggi Dumex ada 1 sahaja RM70. Maaf ya harga ni tak termasuk pos.
Piring Kuih Dumex ada 6 biji. RM12 sebiji. Harga tak termasuk pos.