Entry kali ini special sikit.. Saya masukkan tentang dua keping wang kertas lama yang ada dalam simpanan keluarga... Wang kertas zaman pemerintahan British di Tanah Melayu.. Zaman Union Jack..
Wang kertas yang pertama ni dicetak pada tahun 1953.. sebelum merdeka. Dah berada dalam simpanan keluarga selama 57 tahun...Walaupun nilai di kertas cuma RM1.. tapi nilainya di hati kami sangat tinggi..
Di bahagian atas wang kertas ni tertulis Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo.. Pempuan cun dekat gambar tu ialah gambar Queen Elizabeth masa muda.. cun jugak ekk.
Bahagian belakang wang kertas tersebut.. Lambang kerajaan-kerajaan negeri..
Ini pula wang kertas kedua yang ada dalam simpanan kami. Wang kertas satu sen tahun 1941. Dah 69 tahun.. Zaman sebelum kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.. Tak pastilah pulak saya siapa jejaka hensem tu... Gabenor Negeri-Negeri Selat kotnya.. mana-mana blogger yang tau inform yer..leh kongsi sejarah. Dah buat research sikit.. Nama jejaka ni King George IV.. sblm era Queen Elizabeth.
First time masa tengok duit ni ingatkan duit kertas board game macam monopoli tu ke, sebab belakangnya kosong. Nasib baik tak buang ajer.. Cuba tengok ejaan tulisan jawi tu.. Suatu sen
Syiling ini yang paling bersejarah pada saya.. sebab mak saya simpan syiling ni sempena hari saya dilahirkan.. haha pejam celik pejam celik dah nak masuk angka 40an..
Ok sekian entry kali ini.. Jumpa lagi.. P/S.. Bila saya ada masa lapang nanti saya akan buat entry tentang duit syiling bernilai RM25. Lagi lama duit tuh..Tunggu...
Seadanya aku
5 years ago
No comments:
Post a Comment