Thursday, December 10, 2009

Cuci mata siri 3.. Koleksi Barang lama...

Tayangan perdana kali ni ialah tentang koleksi barang-barang lama yang dah dikira antik yang ada di dalam simpanan Haji Rizal dan Kak Siti.. Barang-barang ni banyak mengingatkan kembali saya di zaman kecil-kecil dahulu.. sesetengah barang memang ada digunakan di dalam keluarga kami juga, cuma sudah hilang entah kemana.. terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi berkongsi koleksinya dengan kami..

Peti Nyanyi lama...

Lesung batu.. sampai berlubang digunakan..

Batu Giling...

Mesin jahit Singer suatu masa dahulu

Radio antik.. yang diatas tu koleksi pedang samurai 3 beradik..

Deretan setereka lama.. banyaknya.. kat rumah saya ada satu je..
Telefon lama..

Ini ketam kayu ya.. bukan ketam seafood..

Kendi air.. teringat cerita kung fu Jackie Chan.. The Drunken Master...

Alat Penimbang lama..

Dapur Semawar.. menurut kata suami dapur ni wujud sebelum zaman dapur minyak tanah lagi.. terlalu antik dapur ini sebenarnya.. kalau nak guna kena pam kuat-kuat.. tapi botol pamnya tak ada dah agaknya..
Cerek lama..
Lampu gasoline lama.. kena buat makeover lampu nih.. baru cantik.

2 comments:

  1. salam. memang unik dan cantik sekali. Saya pun minat barang-barang lama begini.

    ReplyDelete
  2. tuan tlong wassap lampu lama, timbang lama dan barang antik yg lain. 012-7975286

    ReplyDelete