Showing posts with label Cuci mata - rumah Haji Rizal dan Kak Siti. Show all posts
Showing posts with label Cuci mata - rumah Haji Rizal dan Kak Siti. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

Berkongsi Bunga Teko lagi...

Corak Bunga Kangkung.. bentuk tekonya agak unik..




Kalau tengok betul-betul, corak teko ni sama sebijik macam corak casablanca 'menang glassware'. Tak tau siapa tiru siapa.. tapi teko ni dah lama dan produk lama Noritake.. Nama Noritake ni bukan Jepun punya ke?


Mini Teko gambar bunga raya...



Corak pemandangan.. Bentuk-bentuk tekonya sangat cantik.. tapi sayang cawannya cuma ada sebiji.. menarik.. menarik..
Teko Burung Bangau lepak dekat tepi sungai.. haha
Bunga Sakura
Teko Cina besar corak Bunga Kangkung.. Kalau letak air dalam ni memang sejuk.. sejuknya tak sama kalau dibandingkan air dalam peti sejuk..

Lagi gambar pemandangan.. made in Japan..
Lagi corak bunga sakura..

Cuci mata siri 3.. Koleksi Barang lama...

Tayangan perdana kali ni ialah tentang koleksi barang-barang lama yang dah dikira antik yang ada di dalam simpanan Haji Rizal dan Kak Siti.. Barang-barang ni banyak mengingatkan kembali saya di zaman kecil-kecil dahulu.. sesetengah barang memang ada digunakan di dalam keluarga kami juga, cuma sudah hilang entah kemana.. terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi berkongsi koleksinya dengan kami..

Peti Nyanyi lama...

Lesung batu.. sampai berlubang digunakan..

Batu Giling...

Mesin jahit Singer suatu masa dahulu

Radio antik.. yang diatas tu koleksi pedang samurai 3 beradik..

Deretan setereka lama.. banyaknya.. kat rumah saya ada satu je..
Telefon lama..

Ini ketam kayu ya.. bukan ketam seafood..

Kendi air.. teringat cerita kung fu Jackie Chan.. The Drunken Master...

Alat Penimbang lama..

Dapur Semawar.. menurut kata suami dapur ni wujud sebelum zaman dapur minyak tanah lagi.. terlalu antik dapur ini sebenarnya.. kalau nak guna kena pam kuat-kuat.. tapi botol pamnya tak ada dah agaknya..
Cerek lama..
Lampu gasoline lama.. kena buat makeover lampu nih.. baru cantik.

Cuci mata siri 2


Siri 2 saya masukkan almari-almari yang ada di rumah tu... cuba tengok semua almari diperbuat dari rosewood. Isi setiap almari berbeza-beza. Kita tengok tayangan perdana lepas ni...Layannn..




Yang first, actually ada 2 lemari nih.. semua koleksi handbag kak Siti... banyak you. Daripada zaman dia bujang sampailah sekarang.




Almari yang kedua menyimpan koleksi pokok-pokok batu yang di kumpul dari seluruh ceruk dunia. Dasyat.. meleleh air mata tengok...


Yang ini rak kasut dia. Kalau tengok betul-betul kasut-kasut ni ada macam-macam fesyen. Dari yang dah out of style sampai la yang in trend.


Rak seterusnya penuh dengan botol-botol perfume dan aksesori lain seperti rantai dan etc... tak tau lah apa...

Next... tunggulah lemari yang order belum sampai... dalam kapal lagi kut... barang pun banyak yang dalam kotak.

Cuci mata siri 1

Entry kali ni tentang koleksi antik di rumah abang kepada adik ipar..rumahnya masyallaah dasyat.. kalau pegi meleleh air liur.. ni kira advance punya collector. Banyak barang di rumahnya tak penah pun saya tengok sebelumnya.. tapi sebelum tengok koleksi antik tu, kita tengok dulu rumah dia.. mak oii besarnya..


Ini pemandangan rumah waktu malam...keliling rumah tak ada pagar tau.. yang jadi pagar rumah ialah pokok-pokok bonsai... tak tau berapa banyak bonsai yang ada.. tak terkira.. sebab kawasan rumahnya sangat luas...

Gambar luar rumah lagi.. duduk di bangku tu tuan rumahnya.. Haji Rizal..



Ini ialah ruang tamu.. sette ni diperbuat daripada kayu rosewood.. coraknya classic giler...cuba tengok lantai tu.. Lantai granit... tingkat bawah semua berlantaikan granit.. termasuk bilik air..




Lagi living room rumah tu.. dekat tengah-tengah tu ada tikar plastikk.. antik ke tu?



Lampu di living room.. salut emas 999.. harga tak usah sebutlah tu..


Adik ipar, Abby sempat juga snap gambar di dapur..Kreatif.. lebihan batu dinding dijadikan tempat untuk meletak kulit kayu manis... Tengok pasu dekat sudut tu.. jadi hiasan di dapur.. pasu yang dijadikan pasu hiasan di ruang tamu lagi hebat.. sampai di sini dulu. Jumpa lagi di siri kedua.